RUMAH UNTUK DISEWA

1. RUMAH "DOUBLE STOREY" UNTUK DISEWA.
DI SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI,
LUAS 22 X 80, 4 BILIK 3 BILIK MANDI,
SEMUA BILIK DILENGKAPI KIPAS SILING,
BERDEKATAN SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH JALAN 3,
RUANG MELETAK KENDERAAN BOLEH MEMUATKAN 2 BUAH KERETA

2. RUMAH KOS RENDAH UNTUK DISEWA.DI SUNGAI TANGKAS, KAJANG,
BERDEKATAN DENGAN KOMUTER UKM, UKM, GMI DAN HENTIAN KAJANG
3 BILIK, 2 BILIK MANDI,
KIPAS SILING DI RUANG TAMU DAN BILIK UTAMA,
PETI AIS DAN DAPUR GAS DISEDIAKAN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
HUBUNGI SAYA
KU MOHAMAD (012 4519452)
AZIMAH (012 6324708)
HARGA BOLEH DIRUNDING.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN



Adik tersayang segak bergaya
Baju tersergam tampak ceria
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira




Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita




Buat rakan-rakan sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

KHAS BUAT BAYI BAYI YG LAHIR HUJUNG 70’an DAN AWAL 80'an




Tanda-tanda anda bayi awal tahun 80-an:

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs,Voltron and Jam(inilah diva semasa kecil..pandai nyanyi!) JGN LUPA MAERO ATTACK, GABAN
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sekolah... DAPAT COLGATE FREE. Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah nak galakkan budak2 time tuh minum susu sekotak 30 sen jek beb... ADA LAGI AIR VITAGEN HA..HA... MAK BAPAK PENING

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu pukul tapak tangan...kan? ADA LAGI PEMADAM PAPAN HITAM
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang
pun 5 inggit je. TAPI FUN FAIR JUGAK YANG BEST

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... BOLA TAKRAW MASA TU BUAT DENGAN ROTAN, BENGKAK KEPALA

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... SUSUN SELIPAR INGAT TAK. Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' KUMPULAN GERSANG, WINGS, FEBIAN, U-TOPIA dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. KITA BELAJAR APPLE 123. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite bolehsurvive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?


PANTUN DAN KMK

Tak pernah kena pantun, tapi tahun ni sudah kena... ha..ha.. sampai bercakap pun berpantun rakan-rakan dalam opis.. Sesapa nak tolong merisik lepas ni bolehlah panggil kot-kotlah nak berpantun... el and illa yang paksa... tolong... he..he..



Ni pulak memang tahun ni kena sajer... apa lagi kalo dah smart berkumpulan... KMK lah dalam bahasa panjang KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA.. Besttu dapat makan free, geng satu kepala.. walau kalah tapi dapat baju n briani gam ok gak tu.....


JUARA LAGI


Kedah Juara lagi... dua tahun dah Kedah sapu semua.. Semua penyokong Kedah malam tu bukan main suka. Tahun ni rasanya dah beberapa kali ke stadium tapi kali ni amat bermakna. Mana taknya... bukan senang nak ambik gambar piala dan gambar pemain bolasepak Kedah. Walaupun bukan pemain tetapi semangat tu macam sebahagian daripada pemain. Lagipun penyokong adalah tonggak kekuatan pasukan...

Koleksi gambar Piala Malaysia

Bukan senang bergambar dengan pemain bola sepak




Stadium Bukit Jalil





23 Ogos 2008






Dianggarkan lebih kurang 20,000 penyokong Kedah yang hadir

DAULAT TUANKU

Penyokong nombor satu pasukan Kedah turut memberi sokongan padu sepanjang masa


Daulat Tuanku...

HERO DAN HEROIN

Anak bapak.....


Ku Nur Awadah dan Ku Mohamad Ammar

DI PERKARANGAN STADIUM DARUL AMAN

Ni bersama rakan dari Kuala Lumpur ke Kedah....

Ada tiga orang yang ikut, Markus (tukang sponsor hotel, tiket), Omar (tukang bagi sokongan, co-driver) dan pemilik Avanza (tukang bawak)